Tuesday, June 18, 2013

SET BERSALIN ANUGERAH



SET BERSALIN CAESSARIAN- RM 558.00
**************************************


- Inginkan tubuh badan yang ideal selepas bersalin?

- Mahu mengembalikan tenaga dan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin secara pembedahan?

- Inginkan perlindungan luaran dan dalaman untuk anda dan bayi anda semasa berpantang?

Set Bersalin Anugerah menggabungkan herba-herba tradisional dan perubatan Islam khusus untuk wanita bersalin dan bayi.

www.an-nurhidayah.com.my



Set Bersalin Caesarean Anugerah

Saat kelahiran si comel adalah detik yang menggembirakan buat ibu-ibu semua. Namun begitu, aspek kesihatan diri luaran dan dalaman selepas bersalin adalah kritikal dan perlu dijaga.

Herba-herba tradisional yang diwariskan daripada nenek moyang adalah kaedah terbaik semasa berpantang. Ibu dan bayi mendapat penjagaan rapi untuk mengembalikan tubuh badan kepada sedia kala dan memenuhi keperluan si manja.

Set Bersalin Caesarean Anugerah adalah keperluan lengkap untuk ibu bersalin dan bayi. Dengan gabungan herba-herba tradisional dan perubatan Islam, ia membantu anda:

- mendapatkan kembali tubuh badan anda yang ideal
- memulihkan kesihatan luaran dan dalaman
- menstabilkan sistem peranakan wanita selepas bersalin secara pembedahan
- mengurangkan kesakitan selepas bersalin secara pembedahan
- mendapat perlindungan dari Allah S.W.T hasil dari keberkatan ayat-ayat suci al-Quran yang telah dibacakan ke dalam produk.


Set Bersalin Caesarean Anugerah mengandungi:


  1. - 100 ml Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah
  2. - 50 ml Minyak Telon Anugerah
  3. - 30 ml Minyak Pilis Anugerah
  4. - 250 ml Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah
  5. - 250 ml Minuman Kesihatan Ubat Periuk Anugerah
  6. - 250 ml Minuman Kesihatan Gamat Manjakani Anugerah
  7. - 100 ml Gel Gamat Haruan
  8. - 6 uncang Mandian/Sauna Herba Anugerah
  9. - 150 ml Losyen Sejuta Khasiat Anugerah
  10. - 200 ml Minyak Sejuta Rahsia Anugerah
  11. - 100 ml Gamat King Anugerah
  12. - 2 unit Tungku Herba Batu Lava Anugerah untuk ibu
  13. - 1 unit Tungku Herba Batu Lava Anugerah untuk bayi
  14. - 1 unit Barut bayi


Set Bersalin Premium (RM588)

******************************************************************
- Inginkan tubuh badan yang ideal selepas bersalin?

- Mahu mengembalikan tenaga dan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin?

- Inginkan perlindungan luaran dan dalaman untuk anda dan bayi anda semasa berpantang?

Set Bersalin Premium Anugerah menggabungkan herba-herba tradisional dan perubatan Islam khusus untuk wanita bersalin dan bayi.

www.an-nurhidayah.com.my

Set Bersalin Premium Anugerah mengandungi:


  1. - 100 ml Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah
  2. - 50 ml Minyak Telon Anugerah
  3. - 30 ml Minyak Pilis Anugerah
  4. - 250 ml Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah
  5. - 250 ml Minuman Kesihatan Ubat Periuk Anugerah
  6. - 250 ml Minuman Kesihatan Gamat Manjakani Anugerah
  7. - 6 uncang Mandian/Sauna Herba Anugerah
  8. - 6 uncang Herba tangas
  9. - 150 ml Losyen Sejuta Khasiat Anugerah
  10. - 200 ml Minyak Sejuta Rahsia Anugerah
  11. - 30 ml Minyak Selusuh Anugerah
  12. - 2 unit Tungku Herba Batu Lava Anugerah untuk ibu
  13. - 1 unit Tungku Herba Batu Lava Anugerah untuk bayi
  14. - 1 unit Bengkung
  15. - 1 unit Barut bayi
  16. Saat kelahiran si comel adalah detik yang menggembirakan buat ibu-ibu semua. Namun begitu, aspek kesihatan diri luaran dan dalaman selepas bersalin adalah kritikal dan perlu dijaga.
  17.   Herba-herba tradisional yang diwariskan daripada nenek moyang adalah kaedah terbaik semasa berpantang. Ibu dan bayi mendapat penjagaan rapi untuk mengembalikan tubuh badan kepada sedia kala dan memenuhi keperluan si manja.
    Set Bersalin Premium Anugerah adalah keperluan lengkap untuk ibu bersalin dan bayi. Dengan gabungan herba-herba tradisional dan perubatan Islam, ia membantu anda:

    - mendapatkan kembali tubuh badan anda yang ideal
    - memulihkan kesihatan luaran dan dalaman
    - menstabilkan sistem peranakan wanita selepas bersalin
    - melindungi bayi anda dari perut kembung dan angin pasang
    - mendapat perlindungan dari Allah S.W.T hasil dari keberkatan ayat-ayat suci al-Quran yang telah dibacakan ke dalam produk.

    Ayat-ayat suci al-Quran dibacakan dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat al-Quran tersebut dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan tertentu.


Set Bersalin Premium Anugerah

 






Set Bersalin Anugerah (Medium) adalah keperluan lengkap untuk ibu bersalin. Ia mengandungi:

1. 1 botol Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah 100 ml
- mengelakkan jangkitan kuman pada luka dan faraj.
- digunakan untuk membersihkan faraj dari darah nifas selepas bersalin.
- membantu merawat masalah keputihan, menghilangkan bau dan gatal-gatal.
- menolong mengetat dan merapatkan otot-otot sekitar faraj yang kembang selepas bersalin.
- dihasilkan daripada ekstrak sireh, ekstrak pinang, manjakani dan herba serapat.

2. 1 botol Minyak Telon Anugerah 50 ml
- menghangatkan tubuh bayi, melembab dan melembutkan kulit bayi.
- menghindari bayi daripada mengalami kesejukan yang boleh menyebabkan kembung perut, angin pasang dan sawan angin.
- melindungi bayi dari gigitan nyamuk dan serangga.
- dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya bayi mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.
- dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, pudina, lengkuas dan limau purut.

3. 1 botol Minyak Pilis Anugerah 30 ml
- membantu ibu menghilangkan sakit kepala, kabur mata dan angin.
- melegakan sakit otot, melancarkan pengaliran darah dan memberikan kesan panas.
- didatangkan dalam bentuk minyak supaya mudah meresap ke dalam badan dengan aroma yang nyaman dan menenangkan
- dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.
- dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, cengkih, halia bara, lengkuas, minyak buah pala dan minyak avokado.

4. 1 botol Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah 250 ml
- membantu mengecutkan rahim, membuang angin dan toksin serta menghilangkan bisa-bisa di dalam badan.
- merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak.
- meningkatkan tenaga dalaman dan melancarkan kembali kitaran haid.
- dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.
- dihasilkan daripada temulawak, lada pintal, herba kayu serapat dan tahi angin.

5. Losyen Sejuta Khasiat Anugerah 150 ml
- membantu mengatasi masalah keputihan dan kitaran haid yang tak menentu.
- membantu mendapatkan semula bentuk badan yang diidamkan dan menghilangkan garis-garis hitam (stretch mark) pada kulit.
- tekstur losyen yang lembut, halus dan tidak melekit memudahkan penyerapan ke dalam kulit untuk mempercepat proses pemulihan.
- dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.
- dihasilkan daripada minyak kayu putih, limau purut, serai wangi, daun bidara dan minyak avokado.

6. 1 botol Minyak Sejuta Rahsia Anugerah 200 ml
- mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan.
- membantu mengurangkan sakit sendi, bengkak, senggugut, sakit pinggang dan 'ular-ular'.
- meningkatkan semula tenaga setelah bersalin.
- dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.
- dihasilkan daripada lengkuas, minyak avokado, halai bara dan serai.

7. 1 botol Minyak Selusuh Anugerah 30 ml
- membantu memudahkan ibu bersalin di samping meringankan kesakitan ketika saat-saat bersalin.
- memberikan tenaga segera ketika hendak bersalin.
- dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T dan mendapat ketenangan.
- dihasilkan daripada minyak kelapa dara.

8. 6 uncang Mandian Sauna Herba Anugerah
- mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan.
- membantu mengurangkan sakit sendi dan otot yang tegang semasa bersalin.
- melancarkan pengaliran darah, menghilangkan masalah keputihan dan menghaluskan tekstur kulit.
- dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan makhluk halus.
- dihasilkan daripada temulawak, daun lempoyang, mengkudu dan tahi angin.

9. 1 unit Tungku Herba Batu Lava Anugerah untuk ibu
- membantu melancarkan peredaran darah, melegakan otot dan membuang angin dari dalam badan.
- mencantikkan kulit dan menghilangkan gatal-gatal, kudis, sakit sendi dan ruam.
- menggunakan batu lava gunung berapi yang berupaya untuk menyimpan dan menyebarkan haba dengan baik dan bertahan lama berbanding batu biasa.

10. 1 unit bengkung
- diperbuat daripada kain belacu yang tahan lasak, tidak luntur warna dan memberikan sokongan 360 darjah pada tubuh ibu selepas bersalin.
- merapatkan kembali tulang pinggul dan pinggung wanita yang baru bersalin.
- mengempiskan perut dan menaikkan bahagian dada.
- menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot badan selepas bersalin.
- menghalang peranakan daripada 'turun'.


MINYAK TELON ANUGERAH



- Adakah bayi anda kerap menangis kerana kembung perut, angin pasang dan sawan angin?
- Adakah anda menggunakan minyak angin yang menyebabkan kulit bayi kemerah-merahan kerana minyak itu tidak sesuai dengan kulit bayi dan mengandungi bahan kimia yang banyak?
- Mahukan bayi anda mendapat ketenangan dan keberkatan dari Allah Azza wa Jalla.

Dapatkannya Minyak Telon Anugerah dari pengedar dan stokis yang berhampiran dengan anda.


Minyak Telon Anugerah


  • Bayi Tidur Lena dengan Minyak Telon Anugerah.

    Kerap kali apabila si comel menikmati susu yang diberikan, dia menikmatinya dengan cukup berselera.

    Habis sahaja dia minum, dia akan terlena dengan nyenyaknya.

    Tapi, ada ketika dia menangis teresak-esak walaupun sudah diberikan susu. Dia menolak susu yang diberikan oleh ibunya. Boleh jadi, bayi itu memuntahkan kembali susu yang diminumnya.

    Jika ini terjadi, ia mungkin disebabkan perut bayi telah dimasukkan angin. Bayi akan kerap menangis akibat beberapa simptom yang digelar kembung perut, angin pasang dan sawan angin.

    Oleh itu, si ibu perlu menyapukan minyak angin untuk melegakan perut bayi. Namun, tidak semua minyak angin sesuai untuk kulit bayi. Ada minyak angin yang boleh menyebabkan kulit bayi kemerah-merahan kerana minyak itu tidak sesuai dengan kulit bayi dan mengandungi bahan kimia yang banyak.

    Minyak Telon Anugerah mengandungi herba-herba tradisional seperti minyak kayu putih, serai, pudina, lengkuas dan limau purut. Ia membantu:

    - Menghangatkan tubuh bayi,
    - Melembab dan melembutkan kulit bayi.
    - Menghindari bayi daripada kesejukan, kembung perut, angin pasang dan sawan angin.
  • Hanya usapkan minyak pada tubuh bayi ketika perlu terutamanya selepas mandi. Sapukan pada bahagian dada, perut, pinggang, punggung dan juga tapak kaki bayi.
    Mudah-mudahan, bayi anda dapat menikmati susu yang diminum dan tidur nyenyak sepanjang malam.


MINYAK PILIS ANUGERAH



- Adakah pening dan sakit kepala yang berpanjangan mengganggu anda ketika berpantang?
- Mahu menggunakan pilis untuk membuang angin di kepala?
- Leceh menyediakan pilis yang perlu dicampur air dan perlu dibersihkan selepas digunakan?


Dapatkannya Minyak Pilis Anugerah dari pengedar dan stokis yang berhampiran dengan anda.


Minyak Pilis Anugerah


Minyak Pilis Anugerah - tiada lagi sakit kepala, kabur mata dan penyediaan yang rumit.

Urat-urat yang kembang perlu dikendurkan selepas bersalin. Sebab itulah wanita yang berpantang akan mengambil pilis untuk melegakan otot, melancarkan peredaran darah dan menghilangkan sakit kepala.

Pilis yang digunakan perlu dicampur dengan air sebelum memakainya. Sekiranya pilis dibiarkan, ia akan kering dan berterabur di atas lantai.

Anda tidak perlu mengalami masalah tersebut dengan Minyak Pilis Anugerah. Minyak Pilis Anugerah dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, cengkih, halia bara, lengkuas, minyak buah pala dan minyak avokado, herba-herba semulajadi yang bermanfaat untuk kesihatan anda. Ia mudah digunakan dan mudah meresap ke dalam badan.

Tiada lagi sakit kepala, kabur mata dan angin. Aromanya yang nyaman menyenangkan anda.


Hanya sapukan pada dahi setiap kali selepas mandi. Anda pasti tenang semasa berpantang dengan Minyak Pilis Anugerah.




PEMBERSIH WANITA ANUGERAH



- Adakah kegatalan, keputihan dan bau yang tidak menyenangkan pada bahagian sulit anda mengganggu anda?
- Mahu mengembalikan keintiman dengan suami setelah bersalin?
- Mencari pembersih wanita yang tiada bahan kimia dan menyebabkan infeksi kepada bahagian sulit?


Dapatkannya Pembersih Wanita Anugerah - Rahsia Kebersihan Wanita dari pengedar dan stokis yang berhampiran dengan anda.



Pembersih Wanita Anugerah - Rahsia Kebersihan Wanita


Kekal bersih dan menawan dengan Pembersih Wanita Anugerah - Rahsia Kebersihan Wanita

Setiap wanita berhak mendapatkan pembersih wanita yang selamat digunakan untuk kesihatan bahagian sulitnya dari kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan.

Bertukar kepada pembersih wanita yang mengandungi herba-herba seperti ekstrak sireh, manjakani, ekstrak pinang dan herba serapat. Rahsia Kebersihan Wanita mengandungi bahan-bahan semulajadi yang membersihkan bahagian sulit supaya anda kekal segar, bersih dan berkeyakinan.

Ia juga membantu:

 - mengetatkan dan merapatkan faraj setelah bersalin agar anda kembali menawan seperti anak dara.
 - memulihkan luka selepas bersalin.
 - menyahkan bakteria yang menyebabkan bau di bahagian sulit.
 - mengembalikan kehangatan hubungan intim suami isteri.






UBAT PERIOK ANUGERAH



- Adakah masalah meroyan dan kemurungan mengganggu anda ketika berpantang?


- Mahu memulihkan kesihatan selepas berpantang dengan cepat?


- Inginkan kulit yang cantik dan berseri selepas berpantang?


Dapatkannya Minuman Kesihatan Ubat Periuk Anugerah dari pengedar dan stokis yang berhampiran dengan anda.

Minuman Kesihatan Ubat Periuk Anugerah



Kembali sihat selepas berpantang dengan Minuman Kesihatan Ubat Periuk Anugerah.

Wanita yang bersalin sering terdedah dengan simptom meroyan dan kemurungan. Perubahan fizikal selepas bersalin juga mempengaruhi tahap kesihatan diri yang memerlukan penjagaan dan kawalan dengan pengambilan makanan tambahan yang berkhasiat.

Minuman Kesihatan Ubat Periuk Anugerah mengandungi herba-herba tradisional seperti tongkat ali putih, daun inai, daun senduduk dan hempedu bumi yang telah lama diamalkan sejak turun temurun untuk mengembalikan kesihatan wanita yang bersalin. 

Ia membantu:

- mencegah buasir, masalah keputihan dan menaikkan seri muka.
- melancarkan peredaran darah, menghilangkan bisa-bisa di dalam badan dan membantu mengurangkan masalah meroyan atau kemurungan.
- menyeimbangkan paras gula di dalam darah, meningkatkan tenaga dalaman dan melancarkan kembali kitaran haid.
- memastikan keanjalan kulit selepas bersalin.




UBAT BIJIAN ANUGERAH



- Adakah anda ingin mendapatkan bentuk badan yang ideal selepas berpantang?


- Mahu kembali cergas dan bertenaga selepas berpantang?


- Mahu mengembalikan kecantikan dalaman anda ?


Dapatkannya Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah dari pengedar dan stokis yang berhampiran dengan anda.


 Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah



Kembali cantik dan menawan selepas bersalin dengan Minuman Kesihatan Ubat Periuk Anugerah.


Mengembalikan kecantikan tubuh badan luaran dan dalaman adalah satu kemestian buat ibu-ibu yang bersalin. Dengan pengambilan makanan yang sesuai semasa berpantang, mendapatkan bentuk tubuh tubuh yang ideal bukan mustahil lagi.

Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah mengandungi herba-herba tradisional seperti temulawak, lada pintal, herba kayu serapat dan tahi angin yang telah lama diamalkan sejak turun temurun untuk mengembalikan kejelitaan wanita yang bersalin. 

Ia membantu:

- membantu mengecutkan rahim, membuang angin dan toksin serta menghilangkan bisa-bisa di dalam badan.
- merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak.
- mengurangkan sakit pinggang dan sakit urat.
- membantu mengurangkan berat badan.
- meningkatkan tenaga dalaman dan melancarkan kembali kitaran haid.




GAMAT MANJAKANI ANUGERAH



- Ingin mengembalikan tenaga selepas bersalin?


- Mahu memulihkan kedudukan peranakan selepas bersalin?


- Mahu mengembalikan kecantikan kulit anda ?


Dapatkannya Minuman Kesihatan Gamat Manjakani Anugerah dari pengedar dan stokis yang berhampiran dengan anda.

Minuman Kesihatan Gamat Manjakani Anugerah


Kembali cantik dan bertenaga selepas bersalin dengan Minuman Kesihatan Gamat Manjakani Anugerah.


Ibu-ibu bersalin sering mengalami bisa-bisa badan yang menyebabkan badan letih dan tidak bermaya. Oleh itu, pengambilan makanan yang sesuai semasa berpantang adalah penting untuk mengembalikan tenaga dan memulihkan rahim.

Minuman Kesihatan Gamat Manjakani Anugerah mengandungi herba-herba tradisional seperti manjakani, ekstrak gamat dan daun salam yang telah lama diamalkan sejak turun temurun untuk mengembalikan tenaga wanita yang bersalin. 

Ia membantu:

- membantu mengembalikan tenaga selepas bersalin dan meningkatkan kadar metabolisme tubuh.
- melancarkan peredaran darah dan menstabilkan paras gula di dalam darah.
- mengecutkan dan mengetatkan rahim.
- membantu menyembuhkan luka luaran dan dalaman akibat bersalin secara biasa atau pembedahan.
- dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran terpilih supaya ibu mendapat perlindungan dari Allah S.W.T.
- dihasilkan daripada manjakani, ekstrak gamat dan daun salam.



MINYAK SELUSUH ANUGERAH




- Adakah anda menanggung kesakitan yang amat perit ketika melahirkan anak?

- Tidak sanggup kehilangan tenaga yang banyak akibat meneran bayi keluar?

- Fobia dan takut untuk mengandung lagi kerana pengalaman melahirkan anak yang menakutkan?


Dapatkan Minyak Selusuh Anugerah dari pengedar dan stokis yang berhampiran dengan anda.

Minyak Selusuh Anugerah



Hilangkan penderitaan semasa melahirkan anak dengan Minyak Selusuh Anugerah.

Detik-detik kritikal ketika berada di wad bersalin adalah pengalaman yang mengerikan buat ibu-ibu yang yang hendak bersalin. Kesakitan dan keperitan yang ditanggung untuk melahirkan anak tidak dapat dibayangkan lagi. Kalau boleh, biarlah kesakitan itu sekejap sahaja. Malah ada juga ibu-ibu yang takut untuk mengandung lagi kerana terkenangkan pengalaman yang menakutkan itu.

Kini, ibu-ibu yang ingin bersalin tidak perlu menanggung sengsara itu lagi. Minyak Selusuh Anugerah membantu mengurangkan kesakitan yang dialami oleh ibu-ibu yang hendak bersalin. 

Ia diperkayakan dengan minyak kelapa dara yang mempunyai kandungan asid laurik yang membantu meningkatkan sistem imun ibu. Ia juga meningkatkan metabolisme vitamin dan mineral yang membolehkan ibu kurang rasa penat, migrain dan komplikasi semasa bersalin. Bayi juga bergerak lancar di dalam rahim dan membantu proses kelahiran dengan mudah.

Ia membantu:

- memudahkan ibu bersalin di samping meringankan kesakitan ketika saat-saat bersalin.
- memberikan tenaga segera ketika hendak bersalin.
- dibacakan dengan doa-doa khusus memudahkan bersalin.
- dihasilkan daripada minyak kelapa dara



TUNGKU BERSALIN HERBA BATU LAVA


UNTUK IBU


- Anda mahu melancarkan darah, membuang angin dan merehatkan tubuh selepas bersalin?

- Mahu kembali cantik selepas bersalin?

- Sukar mencari tungku bersalin yang sesuai dengan anda?


Dapatkan Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah dari pengedar dan stokis yang berhampiran dengan anda.

Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah untuk ibu


Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah untuk ibu.


Bertungku baik untuk ibu-ibu bersalin untuk melancarkan peredaran darah, membuang angin dan merawat gatal-gatal, kudis, sakit lutut dan ruam. Tungku perlu dipanaskan melalui kaedah mengewap (stim) lalu dituam ke badan terutama bahagian perut.

Namun tidak semua tungku berupaya menyimpan dan menyebarkan haba dengan baik dalam tempoh masa yang lama. 

Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah menyelesaikan masalah itu. Ia mengandungi batu lava gunung berapi yang boleh menyimpan haba dalam tempoh yang lama, jadi anda tidak perlu menuamnya banyak kali dan dapat memanjangkan jangka hayat penggunaannya.

Ia juga membantu:

- membantu melancarkan peredaran darah, melegakan otot dan membuang angin dari dalam badan.
- mencantikkan kulit dan menghilangkan gatal-gatal, kudis, sakit sendi dan ruam.
- menggunakan batu lava gunung berapi yang berupaya untuk menyimpan dan menyebarkan haba dengan baik dan bertahan lama berbanding tungku biasa.
- juga mengandungi herba-herba tradisional seperti kunyit, bonglai putih dan seria wangi.




TUNGKU BERSALIN HERBA UNTUK BAYI



- Adakah anda mahu bayi anda tidur lena dan sihat?

- Mahu melindungi anak anda dari jangkitan penyakit dan gigitan serangga?

- Sukar mencari tungku yang sesuai dengan bayi anda?


Dapatkan Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah untuk bayi dari pengedar dan stokis yang berhampiran dengan anda.

Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah untuk bayi


Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah untuk bayi.


Bayi akan kerap menangis akibat beberapa simptom yang digelar kembung perut, angin pasang dan sawan angin. Ini menyebabkan bayi tidak selesa dan tidak dapat tidur. Dengan menuamkan tungku pada perut bayi, ia boleh menenangkan bayi dan melancarkan peredaran darah.

Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah mengandungi batu lava gunung berapi yang boleh menyimpan haba dalam tempoh yang lama, jadi anda tidak perlu menuamnya banyak kali dan dapat memanjangkan jangka hayat penggunaannya.

Ia juga membantu:

- membantu melancarkan peredaran darah, melegakan otot dan membuang angin dari dalam badan.
- menghilangkan gatal-gatal, kudis, sakit sendi dan ruam.
- menggunakan batu lava gunung berapi yang berupaya untuk menyimpan dan menyebarkan haba dengan baik dan bertahan lama berbanding tungku biasa.
- juga mengandungi herba-herba tradisional seperti ekstrak sireh, daun kantan dan daun pandan.






MADU QUEEN ANUGERAH


- Adakah anda inginkan tenaga segera?

- Mahu memulihkan batuk dengan cepat?

- Inginkan kulit yang cantik dan berseri?


Dapatkan Madu Queen Anugerah dari pengedar dan stokis yang berhampiran dengan anda.


Madu Queen Anugerah

Keistimewaan & Khasiat Madu Queen Polyflora Anugerah

Madu Queen Anugerah dihasilkan daripada nektar ribuan spesies bunga yang kaya dengan pelbagai jenis vitamin yang tidak terdapat di dalam madu lain. Selain itu, Madu Queen Anugerah turut mengandungi gula semuladi seperti glukosa, sukrosa dan fruktosa yang diperlukan oleh badan untuk menjana tenaga yang diperlukan.

Bahan aktif eucalyptol yang terkandung di dalam madu ini mampu bertindak sebagai antiseptik untuk mencegah jangkitan kuman dan kulat. Jadi, anda boleh menyapukan madu ini pada kulit yang bermasalah, selain boleh dinikmati sebagai makanan tambahan.

Kelebihan Madu Queen Anugerah:

- sebagai sumber tenaga segera untuk memenuhi keperluan badan.
- kaya dengan vitamin B1, B2, C, B3, B5, B6, magnesium, kalium, zat besi dan fosfat.
- mempercepatkan proses pemulihan dan menghalang jangkitan kuman dan bakteria.
- membantu menghilangkan lendir dan melegakan batuk yang berpanjangan.
- membantu mengendurkan urat-urat yang tegang yang menyebabkan stres dan kemurungan.
- mencantik, menghalus dan mengawal keanjalan kulit.
- membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
- memastikan keanjalan kulit selepas bersalin.
- didoakan dengan bacaan al-Quran untuk keberkatan. Surah-surah yang dibaca adalah surah al-Fatihah, Surah al-Baqarah, Surah as-Saffat, Surah al-Qadr dan doa-doa pilihan.







OAT CERDIK CERDAS ANUGERAH



- Adakah anda mahu makanan terbaik untuk anak-anak anda yang sedang membesar?

- Adakah tubuh badan kekurangan nutrien dan antibodi yang diperlukan untuk melawan pelbagai jenis penyakit??

- Inginkan makanan yang mudah disediakan dan menyedapkan?


Dapatkan Minuman Oat Cerdik Cerdas Anugerah dari pengedar dan stokis yang berhampiran dengan anda.

Minuman Oat Cerdik Cerdas Anugerah

Alami kebaikan oat dan 6 makanan terbaik di dunia dengan Minuman Oat Cerdik Cerdas Anugerah.


Minuman Oat Cerdik Cerdas Anugerah mengandungi ekstrak kurma, ekstrak ginkgo biloba, ekstrak delima, serat plantago ovata, susu kambing dan makanan iodin yang baik untuk perkembangan mental kanak-kanak dan memperbaiki tahap kesihatan.

Setiap gram oats di dalam minuman ini menganduni serat larut yang lebih tinggi berbanding gandum, membolehkan anak anda kenyang dan cergas sepanjang hari

Ia juga telah didoakan dengan bacaan al-Quran untuk keberkatan. Surah-surah yang dibaca adalah Surah al-Fatihah, Surah al-Isra', Surah Ali Imran, Surah al-Fil, Surah an-Nur dan doa penerang hati.



BENGKUNG IBU ANUGERAH




- Adakah anda mahu merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung setelah bersalin?

- Mahu mengembalikan bentuk tubuh badan kepada asal selepas berpantang?

- Mencari bengkung yang mudah dan selesa dipakai untuk kembali langsing?


Dapatkan Bengkung Ibu Anugerah dari pengedar dan stokis yang berhampiran dengan anda.
 
 

Bengkung Ibu Anugerah



Dapatkan bentuk badan yang langsing setelah bersalin dengan Bengkung Ibu Anugerah.


Bengkung Ibu Anugerah diperbuat daripada kain belacu yang tahan lasak, tidak luntur warna serta direka khusus untuk memberikan sokongan 360 darjah kepada badan ibu.

Gunakan secara konsisten untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.

Manfaat Bengkung Ibu Anugerah: 

- mengembalikan bentuk tubuh badan kepada asal setelah bersalin.
- mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada.
- menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin.
- menghalang perut daripada dimasuki angin semasa berpantang.
- menghalang peranakan daripada 'turun'.

Cara Penggunaan*:

  1. - Boleh mula dipakai pada hari ke-3 berpantang dengan minimum pemakaian selama 8 jam sehari.
  2. - Sapukan Losyen Sejuta Khasiat sebelum memakai bengkung untuk mendapatkan kesan pelangsingan badan yang terbaik.
  3. - Pastikan anda berada berdiri sebelum memakai bengkung.
  4. - Mula balut dari aras pinggul belakang, pastikan setiap balutan dan silangan menghala ke arah depan badan, ikat secara biasa tanpa terlalu ketat hingga ke bahagian bawah payu dara.
  5. - Setelah itu, ikat dengan ketat dan kemas untuk mengelakkan punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak.
  6. - Akhiri ikatan silang dengan menyelitkan kain bengkung di celah-celah lipatan yang bersesuaian.
  7. - Untuk membuka ikatan bengkung, hanya tarik ikatan terakhir yang dimasukkan pada celah lipatan ikatan.
  8. - Sekiranya rasa pening atau hendak pitam, longgarkan atau leraikan sedikit ikatan bengkung.
  9. - Bengkung boleh dicuci dengan cucian tangan, dibasuh dengan pencuci biasa dan dikeringkan melalui tiupan angin.
  10. - Jangan pakai ketika bengkung basah untuk mengelakkan kerengsaan kulit 

*Untuk maklumat lanjut tentang cara-cara pemakaian bengkung untuk ibu bersalin ini, sila rujuk DVD tutorial yang dilampirkan secara percuma untuk setiap pembelian Set Bersalin Anugerah.